CoQ-Trol Plus: Supplemen Tenaga Pilihan

Assalamualaikum korang. Post kali ni kita ceritakan tentang supplemen yang kurang spotlight tetapi tak kurang hebatnya; CoQ-Trol Plus.

Pertama sekali nak sentuh bahan utama dalam CoQ-Trol Plus; Coenzyme Q¹⁰

Coenzyme Q¹⁰ 
  • Merupakan komponen penting untuk menghasilkan tenaga dalam sel.
  • Dijumpai dalam mitokondria; pusat janakuasa bagi sel
  • Berfungsi menukarkan lemak & gula kepada tenaga 
  • Antioksidan kuat yang melindungi sel daripada radikal bebas 
Sebenarnya CoQ10 terhasil secara semulajadi dalam badan dan paling banyak dijumpai pada jantung, hati, buah pinggang dan pankreas. Walaubagaimanapun CoQ10 dalam badan akan berkurangan dengan usia


Coenzyme Q¹⁰ berpotensi untuk;

1. Merawat masalah jantung

CoQ10 mampu mengurangkan tekanan oksidatif dan meningkatkan fungsi jantung. Ini dapat membantu rawatan bagi pesakit yang mempunyai masalah jantung.

2. Meningkatkan kesuburan

CoQ10 dapat melindungi ovum & sperma daripada kerosakan oksidatif justeru meningkatkan kualiti ovum & sperma.

3.  Menyokong penuaan kulit dengan sihat

Penggunaan CoQ10 secara topikal pada kulit boleh mengurangkan kerosakan oksidatif dari sinaran UV.

4.  Mengurangkan sakit kepala

Kajian menunjukkan pengambilan supplemen CoQ10 dapat mengurangkan kekerapan dan tempoh serta kesakitan migrain.

5. Membantu prestasi senaman & latihan sukan

CoQ10 ditemui mampu meningkatkan prestasi senaman dengan menyokong fungsi mitokondria, mengurangkan tekanan oksidatif dan kelesuan

6. Mengawal kencing manis

CoQ10 menggalakkan kawalan gula dalam darah dan mencegah rintangan insulin. Ia juga mengurangkan tekanan oksidatif dan faktor risiko penyakit jantung pada pesakit kencing manis.

7. Berperanan dalam pencegahan kanser

Ini disebabkan CoQ10 dapat mengurangkan tekanan oksidatif yang memainkan peranan dalam pembentukan sel kanser. Terdapat kajian yang menunjukkan paras CoQ10 rendah dikaitkan dengan kenaikkan risiko kanser.

8. Memberi manfaat pada otak

CoQ10 mampu melindungi otak daripada kerosakan oksidatif dan ini berpotensi dapat melindungi daripada kemerosotan kognitif. Walaubagaimanapun, lebih banyak kajian pada manusia masih diperlukan.

9. Melindungi paru-paru

Kajian membuktikan pesakit paru-paru dan asthma mempunyai paras CoQ10 yang rendah di dalam badan. Oleh sebab itu, supplemen CoQ10 mampu mengurangkan kerosakkan oksidatif dalam paru-paru dan memberi kesan baik untuk penyakit paru-paru & asthma.

 Apa yang istimewa tentang supplemen CoQ10 Shaklee; CoQ-Trol Plus?

  • CoQ-Trol Plus membekalkan campuran proprietary semulajadi 100mg  Coenzyme Q¹⁰ bersama resveratrol dan tocopherol
  • Formulasi penyerapan yang dipatenkan


Berminat untuk order? 

Nak tahu info lebih lanjut? Silakan baca di CoQ-Trol Plus atau,

Tekan link kat bawah πŸ‘‡πŸΌπŸ€—

Shamshia Rosly 
Pengedar Shaklee Sungai Buloh 
0173727093
Instagram: shamshiarosly
FB: Shamshia Rosly

#NextlevelBlogging
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023


Comments