Assalamualaikum korang.
Saya nak share 10 kata-kata hikmah dari buku 566 Kata-Kata Hikmah; Jadilah Orang Yang Paling Bahagia dikarang oleh Dr. 'Aid Abdullah Al-Qarni.
Buku ni saya beli semasa saya masih lagi digelar pelajar. Tapi jujurnya tak ingat dah tahun berapa π. Kata-kata dalam buku ni banyak membantu waktu-waktu jiwa muda.
Biasalah orang muda. Emosi & jiwa kacau. Hormon tak stabil, baru nak meningkat dewasa, baru nak belajar erti hidup & nak matang π
Jom, saya kongsi 10 daripada 566 kata-kata hikmah yang saya suka.
1. Kebahagiaan itu terletak pada pengorbanan, kemampuan mengekang kesombongan, keinginan untuk menderma, sikap tidak mengganggu orang lain & jauh dari sifat ego & ingin menang sendiri.
2. Mensyukuri nikmat dapat menolak azab. Meninggalkan perbuatan dosa dapat menghidupkan hati.
3. Orang yang bahagia adalah orang yang dapat melupakan sesuatu yang sudah tidak mungkin lagi diperbaiki, serta selalu mengingat kebaikan orang & melupakan keburukan mereka.
4. Kegemukan adalah kelalaian, terlalu banyak makan akan menghilangkan kecerdasan, terlalu banyak tidur adalah kegagalan, terlalu banyak ketawa akan mematikan hati & fikiran yang jahat adalah seksa
5. Terimalah apa dilakukan Allah terhadap diri anda dengan penuh keredhaan. Dia lebih tahu daripada anda sendiri & lebih mengasihi daripada ibu anda sendiri
6. Bagaimana boleh bersedih orang yang memilik Tuhan yang menentukan takdir, Yang Memberi keampunan, Yang Menutup kesalahan, Yang Memberi rezeki, Yang melihat & Yang Mendengar? Semua urusan dunia, kuncinya ada di tangannya.
7. Redha akan membuat hati terhindar daripada keinginan untuk menipu, memfitnah, dendam, marah, mencela, bosan, gelisah & jemu
8. Lihatlah orang yang lebih rendah daripada anda dari segi tubuh badan, rupa, harta, rumah, pekerjaan & keluarga, nescaya anda akan menyedari bahawa anda masih lebih baik daripada ribuan orang lain.
9. Hanya ada satu kata untuk kurun waktu, iaitu 'sekarang'. Tidak ada dalam kamus kebahagiaan kecuali satu kata, iaitu 'redha'
10. Sebaik-baik yang ada di dunia ini adalah keimanan yang benar, akhlak yang lurus, akal yang sihat, fizikal yang kuat dan rezeki yang memuaskan. Adapun yang lain adalah kesibukan yang sia-sia.
Alhamdulillah, semoga kata-kata hikmah pilihan saya; sedikit sebanyak dapat membantu pembaca.
Kat sini ada lagi Kata Kata Motivasi yang korang boleh hayati.
Comments
Post a Comment