Assalamualaikum uols. Kali ni saya kongsikan cara atau petua hilangkan jeragat.
Pertama sekali kita kena tahu apakah jeragat & bagaimana jeragat boleh terjadi.
Jeragat dalam bahasa inggeris ialah pigmentation; dimana rona, tona kulit wajah menjadi gelap.
Ada 3 jenis jeragat; melasma, age/sun spots & hyperpigmentation.
1. Melasma: Melasma merupakan jenis jeragat yang biasa terjadi disebabkan perubahan hormon. Kulit di bahagian pipi, dahi, hidung atau atas bibir akan bertompok warna coklat atau kelabu coklat.
2. Age Spots: juga dikenali sebagai liver spots adalah bintik atau tompok coklat yang muncul pada kulit yang telah terdedah pada cahaya matahari dalam jangka masa yang panjang & kebiasaannya terdapat pada warga emas.
3. Hyperpigmentation: kulit yang nampak lebih gelap berbanding kawasan lain. Ini boleh berlaku disebabkan terdedah pada cahaya matahari, keradangan, parut jerawat atau perubahan hormon.
Jadi macam mana nak hilangkan jeragat? Ada petua atau tips? Haa, jom saya kongsikan ππΌ
1. Gunakan sunblock atau sunscreen
Pendedahan kulit pada cahaya matahari boleh terukkan lagi keadaan jeragat. Jadi kita kena lindungi kulit kita daripada sinaran merbahaya UV. Pastikan anda sapukan sunscreen yang bercirikan broad-spectrum dengan SPF (sekurang-kurangnya 30) setiap hari walaupun cuaca mendung. Jika anda membuat aktiviti luar, pastikan anda sapu semula setiap 2 jam.
2. Rawatan topikal
Ada beberapa jenis rawatan topikal yang boleh membantu mengurangkan jeragat. Produk-produk yang mempunyai bahan-bahan seperti hydroquinone, kojic acid, azelaic acid, vitamin C, niacinamide atau retinoid.
Bahan-bahan ini bantu mencerahkan tompok gelap & memberi tona kulit yang sekata.
3. Exfoliate berkala
Penggunaan produk-produk exfoliate akan menanggalkan sel-sel kulit mati & menggalakkan penghasilan sel kulit yang baru. Lama- kelamaan ini akan mengurangkan jeragat.
Anda boleh gunakan cara fizikal seperti scrub & berus atau gunakan cara kimia seperti pencuci muka atau krim yang mengandungi AHA & BHA
4. Lindungi dengan pengambilan antioxidant
Antioxidant akan mencerah & sekatakan tona kulit wajah. Penghasilan radikal bebas dalam badan boleh menyebabkan perubahan penghasilan melanin kulit. Antioxidant akan mengurangkan kerosakan kulit disebabkan cahaya matahari & melasma
Okay itu sahaja petua yang saya dapat kongsikan untuk mengurangkan jeragat.
Perasan tak ada gambar-gambar produk Shaklee? π€ͺ Ya! Semua produk tu terbukti boleh hilangkan jeragat tau! Jadi tak payah susah-susah cari kat farmasi π, klik sahaja link di bawah untuk order π
#Shakleetriump2023
#Shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
Comments
Post a Comment