Assalamualaikum, hi korang.
Pernah tak dengar atau baca tentang Intermittent Fasting atau IF?
Kita orang Islam konsep puasa ni sejak kecik dah cakna, salah satu rukun islam. Masuk bulan Ramadan wajib berpuasa.
Intermittent Fasting ni berpuasa juga tapi boleh minum air kosong & ada tempoh²nya seperti 12:12 & 16:8
12:12 maksudnya 12 jam puasa & 12 jam boleh makan. 16:8 = 16 jam puasa & 8 jam boleh makan.
Contohnya kita mulakan IF pada 7pm dan buka IF 7am. Ini 12:12.
Ada banyak health benefits bila kita puasa
makan malam.
Antaranya:-
1. Improves digestion
2. Bakar lemak
3. Bagi chance badan untuk gunakan gula yang tersimpan, glycogen.
4. Bantu badan nyahkan garam berlebihan dari pemakanan.
"Baik puasa sunat terus. Lagi bagus, dapat pahala"
Hahaha, jangan macam ni guys. Semua benda kita buat bila berniat kerana Allah pasti ada pahala juga.
Menjaga kesihatan kan sebuah ibadah juga. Tujuan kita lakukan Intermittent Fasting adalah untuk jaga kesihatan dengan membina habit pemakanan yang lebih sihat.
Biasanya kalau puasa siang, mesti pukul 9-10 malam tu nak moreh kan. Hahaha. Amalan macam ni ganggu sistem penghadaman kita.
Ianya bukan soal pilih antara IF atau puasa sunat. Tak suruh pun pilih mana satu lagi bagus. Jadi jangan dikaitkan begitu ya π€.
Intermittent Fasting sesuai untuk siapa?
Sangat sesuai untuk mereka yang nak diet. Yang asyik diet tapi tak menjadi pun, InsyaAllah Intermittent Fasting ni sangat sesuai.
So far best tak IF ni untuk korang?
Nak tahu lebih banyak boleh tekan link Intermittent Fasting
Next post saya share kenapa ada 12:12 & 16:8.
Stay tuned!
Comments
Post a Comment